Saturday, 4 April 2020

Videos that Friends sent to Me

My belonging forever. I wanna keep it here as this is where I place my memories. Never knew there are someone who minding me in their days. But this is from the past. Nowadays, Idk. πŸ˜‚πŸ˜‚

Faten Fatehah. My good friend from Tamhidi until now. since 2014


And this are videos from zaman tamhidi πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚









Friday, 20 March 2020

HILANGKAN PERASAAN INI, JIKA BUKAN DIA

Ya Allah, betapa susahnya nak move on. Ya, move on dengan perasaan yang memang telah lama kupendamkan. Perasaan ini wujud sejak bangku sekolah tingkatan 2 (2010).

Aku pendam

Pendam

Pendam

Dan terus memendam...    Sehinggalah aku tak mampu nak simpan perasaan ini seorang diri.

Aku luahkan pada si dia melalui messenger pada tahun 2014.

Ya, direject. πŸ˜₯πŸ˜₯ Sebab tulah aku menulis entri ni. 

Ya, masih juga kini perasaan tu wujud walau dua kali aku meluahkan. Rasa macam sangat sadis. Dalam tempoh hampir 11 tahun wujud perasaan itu, dua kali aku meluahkan. Dan kedua-dua juga khabar yang menyedihkan hati.

Lagak seperti orang yang tidak faham bahasa. Lagak seperti orang yang tiada kerja. Dan lagak seperti orang yang sangat hopeless. 

Pelbagai cara aku sudah cuba. Sehinggakan aku meminta, aku berdoa supaya aku tidak pernah mengenalinya dan hilang ingatan tentangnya. Memikirkan diri mungkin tidak cukup layak dan ada seorang yang kukenal menasihati aku bahawa:

kalau someone memang tak sudi, kalau nad try apa apa cara sekalipun tak kira bertapa kuat mana usaha nad.
Hingga nad sanggup derma organ badan sekalipun time org tu susah, tak kira la siapa pun.
Kalau orang tu mmg tak sudi nak suka kita, kita mmg tak boleh paksa dia.
sbb lain org lain perasaan dan apa yg bermain di minda dia tu.


Ya Allah, kuburkanlah dan jauhkanlah perasaan ini sejauh-jauh yang mungkin supaya aku boleh tenang setenangnya dan tidak perlu sedih memikirkan dia lagi.

Well, aku menulis entri disini sebab aku tahu siapa sahaja yang akan baca blog aku ini πŸ˜…πŸ˜…. Dan jika memang yang ada baca, hai selamat berkenalan. Saya memang macam ini. Saya suka membaca buku, melukis and saya suka menulis. That's why I just started this. Lagipun, awak baca awak simpan seorang je eh kalau awak kenal saya! Jangan hebohkan πŸ˜‚πŸ˜‚. Lol padehal muka terpampang ada kat profil.

Oklah, done merapu hari ni. Best jugak reka story mory camni, tulis novel laku tak agak-agak? 😁Assalammualaikum!

Sunday, 16 February 2020

KARAOKE

Terimalah my first publish ala2 cover for Rabithah Jalan Keluar

i luv this nasheed so much!




Saturday, 15 February 2020

BEGIN MY NEW JOURNEY AS A LECTURER HALAL

Assalammualaikum,

Alhamdulillah Segala Puji Bagi Allah. Tuhan Sekalian Alam.

Dah lama sangat Khawlah tak update kat dalam blog ni. Hahahahahaha. Busy sangat tu tak delah busy sangat tapi tak berkesempatan and lupa diri sendiri ada blog yang tak berapa femes ni hahaha. Untuk pengetahuan korang, kahwlah dah tak sambung kontrak dekat Ecolex.

Alhamdulillah sangat sangat, khawlah dapat berehat selama 2 bulan di rumah tolong perniagaan kerepek pisang ayah sebelum melangkah ke alam pekerjaan baru iaitu sebagai pensyarah halal untuk pelajar diploma di kolej uniti tanjung agas.

Pada mulanya, kahwlah memang tak sangka dan tak terlampau mengharap sebab khawlah rasa tak layak and satu sebab khawlah baru sahaja bergraduasi. Pengalaman bekerja tu tak lama sebagai kontrak staf. Alhamdulillah Allah bagi khawlah peluang untuk bertugas dan berkhidmat untuk mengajar.

Khawlah ditugaskan untuk mengajar subjek perundangan halal dan bahan ramuan halal. Banyak yang khawlah perlu self study lagi lagi berkenaan dengan perundangan halal sebab subjek yang agak berat dan bermain dengan fakta. Doakan khawlah dapat berkhidmat menjadi pensyarah yang baik, memahami, pandai mengajar, pelajar mudah faham, dan tutur kata khawlah semasa mengajar senang untuk difahami oleh semua pendengar.

Aamiin Aamiin Ya Allah...

Tu sahaja nukilan khawlah setelah sekian lama. Hanya untuk memaklumkan apa status kahwlah sekarang. Ada siapa-siapa sini yang study di Kolej Uniti Tanjung Agas sekarang? Cer komen skit!

Assalammualaikum, sampai kita berjumpa lagi!